Rabu, 23 Februari 2011

Kepentingan Asbab Nuzul Ayat al-Quran - apA kOmen PemBaca??

Asbab  nuzul merupakan satu cabang ilmu dari ilmu-ilmu berkaitan al-quran. Seperti mana hadis yang mempunyai sebab wurudnya, begitu juga ayat al-quran yang sebahagiannya diturunkan dengan sebab dan kisah tertentu disebaliknya.
Asbab nuzul membantu dalam mengahayati kisah-kisah dan sejarah kehidupan para nabi dan para sahabat serta umat-umat terdahulu supaya kita dapat mencari perbezaan dan persamaannya dengan umat manusia pada zaman ini seterusnya mengambil intifadah daripada sebahagiannya dan menjadikan sebahagian lagi sebagai pengajaran dalam kehidupan.

Dengan mengkaji asbab nuzul sesuatu ayat, seseorang individu dapat mendalami dan menghayati isi kandungan al-quran serta dapat mengetahui hukum-hukum yang telah disyariatkan oleh Allah kepada manusia kerana ia juga merupakan kaedah untuk mengistinbatkan sesuatu hukum. Contohnya melalui asbab nuzul surah an-Nisa’ ayat 3, kita dapat mengistinbatkan hukum harus dalam berpoligami. Di sini saya bawakan dalil yang berkaitan beserta hukum-hukum yang diistinbatkan daripadanya.
Dalam surah an-Nisa’ ayat 3, Allah menyebut

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً.....(3)

Terjemahannya: Dan jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi dua,tiga atau empat. Tetepi jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang sahaja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim.

Ayat ini telah menentukan beberapa hukum berkaitan perkahwinan. Kita akan sama-sama mengenalpasti apakah hukum-hukum tersebut dan bagaimana ia diistinbatkan kepada ayat ini.

 Jawapannya ialah, terdapat tiga hukum di dalam ayat di atas. Pertama, harus berkahwin dengan mana-mana perempuan yang disenangi. Kedua, harus berpoligami dan dihadkan sehingga empat orang isteri. Ketiga, jika khuatir tidak dapat berlaku adil, maka wajib mengahwini seorang isteri sahaja.

Hukum pertama diistinbatkan kepada ayat tersebut berdasarkan peristiwa ketika Urwah bin Zubair bertanya kepada Aisyah radiyallahu ‘anha tentang firman Allah subhanahu wa ta’ala: ( وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى..) maka Aisyah radiyallahu ‘anha  menjawab, wahai anak saudaraku, yatim yang dimaksudkan di sini adalah anak perempuan yatim yang ada di bawah asuhan walinya yang mempunyai harta kekayaan yang bercampur dengan harta walinya itu.
Harta dan kecantikan anak yatim ini menjadikan walinya tertarik untuk menikahinya tetapi walinya tidak mahu berlaku adil dalam membayar mahar kepada anak yatim ini sepertimana bayaran mahar yang sepatutnya diberikan kepada perempuan-perempuan lain. Hal ini menyebabkan wali anak yatim dilarang menikahinya kecuali sekiranya ia mahu berlaku adil serta membayar mahar yang sepatutnya atau mahar yang lebih tinggi dari biasanya. Oleh kerana itu, para wali diperintahkan menikahi perempuan-perempuan lain yang mereka senangi.
Daripada asbab nuzul ayat ini, kita dapat memahami dengan jelas bahawa seseorang lelaki dibolehkan mengahwini mana-mana perempuan yang mereka suka atau mereka senangi. Tetapi suka untuk saya ingatkan di sini bahawa Rasulullah telah menetapkan garis panduan kepada umatnya berkaitan ciri-ciri dalam membuat pemilihan calon pasangan hidup.  (*)

   Hukum kedua mengharuskan berpoligami tetapi dihadkan hanya kepada empat orang isteri sahaja. Hukum ini diistinbatkan berdasarkan amalan berpoligami yang diamalkan oleh masyarakan arab semenjak zaman nabi malahan diamalkan oleh nabi-nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w lagi. Namun bilangan isteri yang mereka kahwini tidak dihadkan kepada bilangan tertentu. Selepas ayat ini diturunkan, ia menunjukkan bahawa Islam membolehkan berpoligami tetapi hanya dihadkan kepada empat orang isteri sahaja dalam waktu yang sama dan tidak boleh melabihi bilangan itu.
  
    Hukum ketiga mewajibkan seseorang menikahi seorang isteri sahaja sekiranya khuatir tidak dapat berlaku adil. Hukum ini juga diistinbatkan berdasarkan amalan berpoligami yang dibolehkan dalam Islam. Berlaku adil yang dimaksudkan di sini ialah adil dalam memenuhi keperluan isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriah dan batiniah.
  
    Hukum berkenaan berpoligami ini juga telah disepakati oleh ijma’ ulama. Hal ini dijelaskan pula oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab Daruquthni dalam sunannya bahawa: Nabi berkata kepada Ghailan bin Umayyah Ats-Tsaqafah yang masuk Islam dan ia mempunyai sepuluh orang isteri. Nabi bersabda: “pilihlah empat orang di antara mereka dan ceraikanlah yang lainnya”.

Hadis ini juga menjadi dalil yang berperanan menguatkan lagi hukum yang terdapat di dalam surah an-Nisa’ ayat 3 berkaitan perkahwinan.

Maklumat yang telah saya kongsikan di ruangan ini bertujuan untuk santapan dan renungan sahabat-sahabat serta para pencinta ilmu Allah yang sangat luas ini. Harapan saya semoga perkongsian ini mendapat pandangan dan buah fikiran daripada para pembaca untuk penambahbaikkannya di samping dapat mencambahkan ilmu baru dalam kehidupan kita serta dapat meningkatkan keyakinan terhadap pencipta Yang Agung yang telah mensyariatkan ilmunya, agama yang diredhai di sisinya serta hidayahnya kepada manusia seluruh alam dengan kalamnya yang indah yang tiada tara.
(*) Terdapat persoalan yang tersembunyi

Yang masih menagih ilmu,
NOOR NURULUFA BT MAT SAAD
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur                                                                            

29 ulasan:

  1. :)good..mengaplikasikn sbjk qawaid tafsir..kalo blh tmbh lagi dr kalimah mne yg dikatakan harus n wajib 2..zahir,muhkam atau lain2..:)

    BalasPadam
  2. Bagus......perkongsian ilmu yang bermanfaat. Huruian dalil yang baik serta memberi kefahaman yang jelas di dalam soal perpoligami.

    BalasPadam
  3. isi2 mmg jelas dan nyata..sesuai utk bacaan kaum adam supaya lbh memahami konsep sebenar poligami serta tujuan sebenar berpoligami...wajib berkahwin seorg klu x mampu nk bg keadilan tp bkn wajib berpoligamai walaupun mempunyai ciri2 adil

    BalasPadam
  4. bagus...
    aku suka...sesuai utk bacaan kaum adam supaya lbh memahami konsep sebenar poligami serta tujuan sebenar berpoligami...wajib berkahwin seorg klu x mampu nk bg keadilan tp bkn wajib berpoligamai walaupun mempunyai ciri2 adil.....

    BalasPadam
  5. jika kta mengetahui kesemua asbabun nuzul ayat@surah2 Al-quran..maka kta akan terpesona dgn kecantikan masa dan bahasa yang digunakan...Subhanallah..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. jangan anti poligami...kerna itu adalah sebahagian dlm agama..Allah benarkan bersyarat...dan xbenarkan juga disertakan kenapa...:)

    BalasPadam
  8. input yang diberikan amat berguna kepada golongan lelaki supaya lebih memahami dengan lebih jelas lagi tentang konsep poligami.ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada golongan lelaki bahawa berpoligami sebenarnya bukan semudah yang disangka..ia perlulah berlandaskan syariat islam yang telah ditetapkan..nice info...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah...terima kasih di atas perkongsian..

    BalasPadam
  10. Bagus...satu perkongsian ilmu yang bermakna dan penting untuk kaum adam...sesungguhnya perkahwinan itu dituntut didalam islam..kaum adam perlu tahu tahap kemampuan mereka untuk berkahwin seorag atau berpoligami.Hal yang penting dalam perkahwinan adalah dapat memimpin dan mendidik isteri serta memberi nafkah zahir dan batin..kepada kaum2 adam...renung - renungkanlah...

    BalasPadam
  11. TERIMA KASIH SEMUA...
    MAKLUMAT TAMBAHAN:
    ada sumber yg mengatakan bahawa,berlaku adil yang dimaksudkan di sini ialah adil dalam memenuhi keperluan isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriah shj.....tdk termasuk kasih-syg dan perasaan cinta.krn ia sukar dibahagikn dgn adil untuk stiap isteri2..ada jga sumber mngatakan, berlaku adil dlm memenuhi keperluan isteri2 dr aspek kdua-duanya iaitu lahiriah dan batiniah jga...
    MOHON ULASAN DAN JWPN DR PEMBACA2 YG LEBIH 'AALIM..SYUKRAN

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah .. tq d atas perkongsian ilmu yg bermanfaat..semuanya jelas menerangkan mengenai poligami.. harap2 kaum adam lebih memahami...:)

    BalasPadam
  13. pencerahan yang sangat menarik :)
    mog mnjadi pgajaran buat kita

    BalasPadam
  14. Saya bersetuju dengan hujah yang Cik Nurul Ulfa kemukakan itu. Kita tidak dapat lari dari ketentuan Allah. Allah yang menentukan nasib seseorang walaupun di poligamikan. Wanita akan mendapat tempat yang terbaik di akhirat, di sisi Allah. Disamping itu, kita dapat mengetahui masyarakat arab di zaman Rasulullah.
    -BONDA-

    BalasPadam
  15. mengetahui asbab nuzul adalah penting dalam usaha memahami dan mendalami ayat al-Quran.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah...Tajuk yang menarik dan Ilmu yang sangat bernilai untuk di kongsi bersama..penjelasan yang begitu terperinci..teruskan dengan tajuk-tajuk yang menarik selepas ini..terima kasih!:)

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Mengenai Adil dlm berpoligami, daripada beberapa sumber yg sy bace, adil dlm berpoligami tu maksudnya adil@tidak berat sebelah dalam mencukupi keperluan para istri dalam hal makanan, pakaian, tempat tinggal dan bermalam bersama mereka. Dan ini tidak bermaksud harus adil dalam segala sesuatu, sampai dalam hal yang sekecil-kecilnya. Kerana ini diluar kemampuan manusia.
    Berlaku kesalahfahaman dalam masalah ini antaranya atas faktor hawa nafsu..n kecelaruan dlm memahami firman Allah: ( an-Nisa':129)
    وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ
    “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara istri-istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan kamu biarkan yang lain terkatung-katung”..

    Cuba Ulfa cari mcmna penafsiran ulama mengenai ayat nih... heheh
    :)

    BalasPadam
  19. Tahniah di atas artikel yang berjaya ditulis dan diolah dengan baik walaupun tajuk ini biasanya agak sensitif dibincangkan.Kebanyakakan tulisan dan komen di akhbar dan di tv hanya perbincangan berdalilkan akal dan dorongan nafsu semata tanpa sedikitpun cuba mengkaji hikmah di sebalik keharusan berpoligami, tanpa melihat dalil-dalil sahih dari al_Quran, al-Hadith mahupun tulisan dan kajian para ulama muktabar. Saya cadangkan penulis terus membuat kajian dan perincian pelbagai aspek dengan lebih mendalam seperti makna adil, situasi hukum poligami sama ada sunat-wajib-haram,sejarah poligami Rasulullah , para sahabat, alim ulama. Semoga tidak timbul lagi kritikan negatif sama ada dalam kalangan umat islam @ bukan islam dan setiap tindakan mesti berpandukan ilmu dan kewarasan

    BalasPadam
  20. dear, i'm so proud with u..tahniah coz berjaya juga akhirnya..and i'm so impress with your noted.yes, i'm agree with u..very important to us know about asbab nuzul ayat al-Quran..from that,at the time we can know about the meaning from ayat..so, teruskan update lagi..selamat berjaya..wallahu a'lam.

    BalasPadam
  21. Allah telah turunkn ayat2 Nya sebagai pnduan hdup kta semua..ayat2 Nya smua dijadikan dalil dlm kehidupan kta..smua persoalan sudah t'jwb dlm kitabnya..wallahu a'lam..

    BalasPadam
  22. syukran3.....syukran jazilan wt semua....atas lontaran pandangan kalian. ia amat bermakna wt sy krn memberi semangat kpd sy untuk terus menulis lg.....tetapi sy tidak dapat mengenalpasti siapakah pekongsi maklumat yg budiman di atas krn...'tiada nama'. hehe...apa pun syukran wt semua..barakallahu lakum..

    BalasPadam
  23. satu tulisan yg bagus,agama islam memang adil dlm semua hal,teruskan menulis.insyaallah anda boleh.

    BalasPadam
  24. terima kasih kepada penulis blog ini kerana memberi ilmu yang berguna bg kaum adam.sesungguh nya ilmu itu amat penting bagi kita semua.hidup berpoligami ini perlu berlaku adil dalam semua hal-hal.terima kasih kepada pengarang kerana berkongsi ilmu dengan kita semua.

    BalasPadam
  25. nufara:
    perkongsian yg baik tentang kepentingan asbab nuzul utk dihayati..saya mencadangkan pengkaji lebih memperdalami lagi tulisan contohnya mengenai kesan2 sekiranya gagal mematuhi syarat poligami yg dianjurkan islam dengan tujuan memenuhi kehendak nafsu semata-mata dan nyatakan juga isu-isu semasa yg berkaitan..a'la kullihal,penulisan ini baik dan bermanfaat kpd yg menghayati..teruskan pengkajian..

    BalasPadam
  26. poligami ini mudah,,tapi apabila si suami terlalu mengambil mudah tentang hak dan tanggungjawabnya kepada keluarga,,sekaligus merosakkan institusi kekeluargaan itu sendiri..contohnya,,sekarang ini,,banyak yang berpoligami tetapi mengabaikan keluarga..terlalu melebihkan isteri kedua,,maka anak2 dan isteri pertama akan terabai..di sini lah perlu ada ilmu utk berpoligami..utk kaum adam,,klu nak kahwin lebih dari satu silakan,,tp klu disebabkan perkahwinan kedua mengabaikan tanggungjawab dari keluarga satu lagi..lebih elok kawen satu ja kan?wallahuaalam =)

    BalasPadam
  27. satu perkongsian ilmu yang amat bermakna buat kita semua...tidak kira lah buat kaum adam mahupun hawa...kita perlu memahami konsep berpoligami yang sebenar supaya tidak timbul kesan-kesan yang negatif terhadap hukum yang telah Allah tetapkan sepertimana yang berlaku sekarang ini.Iaitu isu2 yang timbul berkaitan poligami seperti ketidakadilan, tanggungjawab dan lain-lain lagi. Setiap hukum yang Allah tetapkan merupakan suatu yang sudah cantik dan lengkap cuma manusia sendiri tidak memahami dan melaksanakan hukum tersebut dengan sebaik-baiknya....

    BalasPadam